لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Thursday, 8 December 2011

Wahai Diri

Bersyukurlah dikau atas segala nikmat dan ujian..
Dirimu disini lebih mewah dgn kebahagiaan..
Berbanding saudara saudaramu yang lain..
Selamilah dan dekatilah insan lain..

Serta korbankanlah segala perasaanmu..
Kuatkanlah dirimu dgn QIAMULLAIL.. 
Dan berdoalah serta memohon kepada ALLAH 
TANPA RASA PUTUS ASA dan JEMU..
Kerana ALLAH RINDU pada RINTIHAN DAN RAYUANMU..
 
Carilah ilmu yang bemanfaat dan ajarkanlah pada yang lain..
Bangkit segera dari lenamu 
Dan laksanakan perintah TUHANMU 
Serta ingatlah kau hanya seorang HAMBA..
MAKA berjuanglah KERANA ALLAH 
DEMI MENCAPAI REDHANYA.. 

Ya RABBI... 
Jadikanlah setiap hembusan nafasku, 
Setiap kelipan mataku, 
Setiap degupan jantungku, 
Setiap pendengaranku, 
Setiap bait perkataanku, 
Setiap hayunan tanganku, 
Setiap langkah kakiku 
Dan setiap titisan darahku, 
Hanyalah untuk MU…

No comments:

Post a Comment

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.