لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Thursday, 29 December 2011

Aku Hairan

Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya..

Aku hairan
Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi..

Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki..

Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal..

Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru..

No comments:

Post a Comment

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.