لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Thursday, 8 December 2011

Bismillah

Kemenangan seorang insan ialah apabila memberi kebahagiaan kepada orang lain.. 
Keredhaan seorang anak ialah berkat dari keredhaan seorang ibu.. 
Kebahagiaan seorang sahabat ialah apabila melihat senyuman dari sahabatnya & ketenangan seorang manusia ialah apabila jiwanya telus dan tulus dalam mengakui kekuasaaNya..
Aku manusia biasa seperti insan lain jua..
Dalam hati ada kekusutan dan takkan terurai kecuali mnerima kehendak Allah. 
Dalam hati ada kesedihan dan takkan hilang kecuali seronok kenali Allah.
Dalam hati ada kegelisahan dan takkan tenang kecuali berlindung dengan Allah. 
Dalam hati ada penyesalan dan takkan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya..

No comments:

Post a Comment

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.