لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Friday, 16 December 2011

Hadis

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: " Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

1. Kebersihan itu separuh daripada iman.
2. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan.
3. Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah, kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
4. Solat itu adalah cahaya.
5. Sedekah itu adalah bukti.
6. Sabar itu adalah sinaran.
7. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
8. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya; ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.."
(Hadith Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.