لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Thursday 26 January 2012

Segalanya bermula dengan kita

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab" Nabi SAW

ENGKAU ingin memperjuangkan Islam..
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu.
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu.
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu.
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran,
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu.
Islamkanlah diri lebih dahulu,
Sebelum meng-Islamkan orang.

Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang.
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya,
Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam.
Di dalam diri belum selesai,
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya.

Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu,
Orang akan melihatnya.
Kalau indah dilihatnya,
Akan ramai pula yang akan memakainya.

Islam bukan macam menjual barang,
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai.
Kita tidak memakai apa yang kita jual,
orang tidak akan mempertikaikan.
Tapi Islam adalah keyakinan,
keindahan dan keselamatan..
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.