لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Monday 22 July 2013

حسبي الله ونعم الوكيل



Kata Sheikh Dr Arifi:
"Seorang wanita berkata kepada saya bahawa dirinya telah disihir. Dia bersumpah bahawa dia telah terkena sihir penghalang jodoh."

Saya kata kepada wanita itu yang saya ada penawarnya dengan syarat dia mesti sanggup bersabar.

Dia bersetuju untuk bersabar.

Saya kata kat dia saya bersumpah dengan Allah jika dia mengambil penawar ini dia akan berkahwin walaupun terkena sihir.

Dia bertanya kepada saya apakah penawarnya?

Saya kata:”Bacalah “حسبي الله ونعم الوكيل” berulang-ulang kali dengan konsistan dan yakin..

Kata Syeikh Arifi lagi:”Demi Allah selepas sebulan wanita itu memberi tahu saya yang dia dah nak kawin”

Saya bertanya bagaimana dia dah nak berkahwin?

Katanya:”Demi Allah saya masih konsistan beramal dengan “حسبي الله ونعم الوكيل”

P\S: Jika anda dalam keadaan sedih atau rasa gelisah atau sedang ditimpa penyakit atau sedang dizalimi seperti terkena sihir maka bacalah حسبي الله ونعم الوكيل berulang-ulang kali secara konsistan dan istiqamah. Yakinlah dengan izin Allah hati anda akan tenang. Semangat akan pulih. Penyakit akan sembuh. Inilah yang selalu diamalkan oleh mujahidin Palestin.


حسبي الله ونعم الوكيل

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.