لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Friday 10 February 2012

Jenazah cintaku



Saat diri terasa 

Saat jenazah cintaku diusung pergi.. 

Terhiris langit unggu.. 

Dengan bilah gerimis duka.. 

Jalan kekuburan sunyi... 

Membungkam rasa... 

Melebur jiwa... 

Wajah-wajah luka mengiringi perginya... 

Desiran bayu rindu bernyanyi pilu... 

Menderu menusuk kalbu biru... 

Ilalang jingga meliuk lintuk.. 

Melambai pasrah pada jenzah cintaku... 

Tiada berkafan kasih.. 

Berkeranda setia... 

Makamnya telah sedia menunggu... 

Pintunya terbuka menanti pasti.. 

Kini tiada lagi cinta untuk dirindui... 

Tiada lagi cinta untuk ditangisi... 

Tiada lagi cinta untuk disetiai... 

Tiada lagi cinta untuk dicemburui... 

Kerna ia telah termakam sepi... 

Pada sebuah janji.. 

Yang tak perlu ditunaikan lagi.... 

Monday 6 February 2012

Mati

Kullu nafsin zaaiqatul maut! 
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.


MATI.
.
.
.
Pemisah bagi segala kelazatan dunia.
Peluang kedua sudah tiada.
Walau cuba merayu sedaya upaya.
Tiada kuasa lagi untuk memilih syurga atau neraka.
Segalanya sudah ditentukan berdasarkan amalan yang di bawa.

Cukuplah
kematian itu menjadi peringatan. 
Ingatan untuk mengetuk hati-hati yang
masih dilingkari dengan nikmat dunia yang sementara. 
Ingatan bahawa hanya amalanlah penentu segalanya. 

Bukan harta. 
Bukan keluarga.
Teman, moga ketemu lagi di syurga! 
InshaAllah.
Kerana itu sahaja pilihan terbaik yang kita ada. 

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang
hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan
dikembalikan kepada Kami?”
[Al-Mu'minun 23:115]

*Seorang hamba dalam perjalanan menuju tuhan-Nya.

Thursday 2 February 2012

Muhasabah

Ketika kamu bertanya..
Mengapa orang baik selalu menderita?
Sedarilah, 
Berlian tidak dapat diasah tanpa gesekan.
Emas tidak dapat dimurnikan tanpa api..

Orang yang baik melewati rintangan, 
Tanpa harus menderita..
Dengan pengalaman itu, 
Hidup mereka menjadi lebih baik bukan sebaliknya...

Saat kamu bertanya...
Apakah pengalaman pahit itu berguna?
Yakinlah, 
Pengalaman adalah guru yang keras.
Guru Pengalaman memberi ujian dulu,
Baru pemahamannya.
Dan masalah adalah rintangan yang ditujukan
Untuk meningkatkan kekuatan mental..
Kerana kekuatan dari dalam diri
Boleh keluar dari perjuangan dan rintangan,
Bukan dari suatu kegembiraan..

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mempunyai parut. setiap jiwa memilikinya. dari setiap garis-garis parut itulah tersimpannya segala catatan sejarah hidup masa silam.dan dari setiap garis-garis itu, halus mahupun kasar, kecil mahupun besar, melintang atau menegak, pastinya tersimpan kisahnya tersendiri. terjemahan dari suka dan duka kehidupan.

.

.

.